top of page
Search

TENTANG AIESMARTINVEST

Updated: Feb 12, 2022

Matlamat laman ini diwujudkan ialah untuk memberi pembelajaran, pendidikan serta kefahaman kepada pelabur saham khususnya saham BURSA untuk mencapai objektif yang berikut;

  • Memahami asas dalam pelaburan saham dalam aspek struktur pasaran saham dan trend pasaran.

  • Memberi peluang kepada anda sebagai pelabur untuk memahami dan memilih strategi yang sesuai dan berkesan dalam pelaburan saham mengikut identiti pelaburan.

  • Membantu pelabur atau trader dengan menerangkan kaedah megurangkan risiko dan meningkatkan pencapaian dalam aktiviti pelaburan atau dagangan saham.

  • Memberi perkhidmatan yang efisien dan sistematik kepada pelabur atau trader dengan menggunakan instrumen yang dibangunkan.




Di sini kami ingin menegaskan kepada anda bahawa terdapat ramai pelabur khususnya pelabur atau trader amatur yang kehilangan modal atau semakin susut pencapaian ROI gains dalam aktiviti dagangan. Antara puncanya ialah kekurangan ilmu atau kemahiran dan juga tidak mempunyai strategi khusus dalam aktiviti pelaburan. Keadaan ini memberi kesan yang ketara dari segi kewangan dan juga emosi ramai pelabur di luar sana.


Lantaran itu, anda sewajarnya memilih teknik dan strategi dagangan saham ( trading plan ) yang berkesan dengan mempelajarinya dan mengamalkannya. Prinsip kami adalah jelas iaitu - SMART-DISIPLIN-SUCCESS.




PENAFIAN/disclaimer


Admin- aiesmartinvest © 2021





17 views0 comments

Recent Posts

See All
Anchor 1
bottom of page